Ully
Sound Engineer
Ully membesar di Sentul, Kuala Lumpur. Ully Mohamad dikenali sebagai producer, arranger and guitar player. Ully mula belajar guitar selewat umur 15 tahun dan membeli guitar sendiri pada umur 17 tahun. Ully memulakan karier bermain muzik dan kerja kerja studio se awal umur 19 tahun.
Bermula May 2009 dengan bekerja di rumah (Kamar Seni Home Studio), dan berpindah di studio, Ully lebih berpengalaman dengan kerja kerja studio. Dan di situ juga Ully bermula dengan AWANBAND, dan juga beberapa band yang menjadi sessionist seperti Awi Rafael, Diandra Arjunaidi, Rabiyas, Liyana Jasmay, Alyah, Hujan. Selain itu Ully juga bermain untuk beberapa program TV.
Pada tahun 2015, Ully meneruskan karier di dalam industri dengan menceburi bidang alih suara di Subtitle Dubbing International (Sdi Media), sebagai talent & audio engineer. Di samping itu juga, Ully bekerja di beberapa buah studio alih suara (dubbing) di sekitar Kuala Lumpur seperti FKN, IYUNO, Double Vision, Infusion & Mezzonine. Dalam masa yang sama, projek SDI seperti Planes, Smurf & Frozen dikendali oleh Ully & team.
Perjalanan Ully di dalam bidang muzik masih diteruskan dengan band yang sedang giat aktif di pentas dan juga media sosial sekarang iaitu Orkes A Hizadin & Grey Sky Morning.